About
Chong Eng is the epitome of a modern day successful woman.
She writes regularly in the Chinese dailies, she keeps a blog at chongeng.org, she had three published books under her sleeves as a writer and a political thinker.
She manages her family life and her service to the People with seemly ease, she enjoyed a happy inter-racial marriage to Gunabalan Krishnasamy who is an artist. The couple have two children.
And Chong Eng is the incumbent Member of Parliament for Bukit Mertajam, Penang. She has defended and won the seat since 1999 and has been unceasingly serving the People there ever since.
Born and bred in a small Chinese new village in Pahang, Chong Eng (Chinese: 章瑛; pinyin: Zhāng Yīng) who hailed from a family of 10 siblings was educated in the only Chinese primary school in the village. She was also the first girl from that village to gain entry into a local university, Universiti Pertanian Malaysia (now Universiti Putra Malaysia).
In Universiti, Chong Eng studied and graduated with a bachelor of science degree in Human Development. She started her career in politics in 1990 as a full time research officer with DAP Penang. In her capacity then, she assisted the state DAP decision makers to prepare for the 1990 election.
In 1995, Chong Eng ran for the Batu Lanchang state seat and won to become the first woman from DAP to be elected into the Penang State Assembly. She was also the sole Opposition representative in that term.
Back by her experience serving with the Women Crisis Center and Community AIDS
Service Penang, Chong Eng is a leader who always has a compassionate and loving smile for the anyone who comes to her. A graceful and ever-friendly woman with a passionate heart of a fighter, Chong Eng’s main focus all these years have been gender equality, gender mainstreaming, violent against women, sexual crimes, minority’s rights, inter-racial relations, healthcare and education besides her concern for local issues affecting the people of her constituency.
She is currently the chairperson of DAP Wanita, the party’s women’s wing and also sits in the DAP Central Executive Committee as the Deputy General Secretary. Since 1998, Chong Eng held the Deputy chair post for Penang DAP. At her current constituency, she formed an all women branch called Mulan - taken after the name of the legendary woman warrior in ancient China who out of filial piety for her ailing father challenged the status quo to replace him as enlisted soldier.
This year, 2008, Chong Eng will be defending her Bukit Mertajam seat and will be part of the team spearheading the Penang DAP machinery in the 12th General Election to bring about REAL political transformation to Bukit Mertajam, Penang and Malaysia.
Chong Eng merupakan teladan seorang wanita moden yang berjaya.
Beliau merupakan seorang penulis dan pemikir politik yang mantap dengan artikel-artikel beliau diterbit dalam surat khabar bahasa Mandarin. Di samping itu, beliau juga mempunyai laman blog chongeng.org yang memaparkan curahan mindanya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Sehingga hari ini, Chong Eng juga telah menerbitkan tiga buah buku karangan sendiri.
Sebagai wanita, Chong Eng membahagikan masa dengan baik untuk menguruskan hal rumahtangga dan berkhidmat untuk masyarakat. Suami beliau ialah Encik Gunabalan Krishnasamy, seorang ahli seni yang berkaliber. Perkahwinan majmuk Chong Eng dengan Guna telah melahirkan dua orang cahaya mata.
Selain semua peranan dan pencapaian di atas, Chong Eng merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kerusi Parlimen tersebut telah dimenangi beliau sejak tahun 1999 lagi dan dari masa itu, Chong Eng telah bekerja keras berkhidmat untuk Rakyat.
Dilahir dan dibesarkan di sebuah kampung baru Cina yang kecil di Pahang, Chong Eng (Bahasa Mandarin: Zhāng Yīng) berasal dari keluarga 10 adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di sekolah jenis kebangsaan Cina di kampung halaman, Chong Eng merupakan anak tempatan perempuan yang pertama daripada kampung tersebut untuk mendapat tempat di universiti awam, Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia).
Selepas tamat pengajian dan berjaya memperoleh ijazah sarjana muda sains dalam bidang Pembangunan Manusia, Chong Eng telah memulakan kerjaya politik pada tahun 1990 sebagai pegawai penyelidik DAP Pulau Pinang. Dalam tugasan tersebut, beliau telah membantu para pemimpin DAP negeri dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum 1990.
Pada tahun 1995, Chong Eng telah bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Lanchang dan telah berjaya dipilih sebagai wakil rakyat Batu Lanchang. Beliau merupakan wakil rakyat wanita pertama dari DAP dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Dalam tempoh tersebut, Chong Eng juga merupakan wakil rakyat Pembangkang tunggal dalam Dewan Negeri.
Berbekal dengan pengalaman berkhidmat di Pusat Krisis Wanita dan Community AIDS Service Penang, Chong Eng merupakan seorang pemimpin yang mengasihi Rakyat dan amat mesra dengan sesiapa saja yang ditemuinya. Perjuangan utama wanita yang cekal ini termasuklah isu gender, keganasan terhadap wanita, jenayah seksual, hak-hak golongan minoriti, hubungan antara kaum, isu kesihatan, isu pendidikan selain isu-isu tempatan yang menjejaskan kehidupan Rakyat di kawasan beliau.
Kini, Chong Eng juga merupakan pengerusi kebangsaan DAP Wanita dan memegang
jawatan Timbalan Setiausaha Agong dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP. Sejak tahun 1998, Chong Eng juga merupakan Timbalan Pengerusi bagi DAP Pulau Pinang. Di kawasan Parlimennya, Chong Eng telah menubuhkan sebuah cawangan DAP Wanita yang diberi nama Mulan - sempena nama seorang srikandi dalam legenda orang Cina yang menggantikan ayahandanya yang sakit untuk menjadi hulubalang mempertahankan negara daripada musuh.
Pada tahun ini, 2008, Chong Eng akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Mertajam dan merupakan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin DAP yang akan memimpin DAP Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 untuk membawa perubahan politik kepada Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Malaysia.

